Saturday, April 9, 2011











Komas melancarkan Undi Sarawak!

Pemantauan Pilihanraya Sarawak oleh rakyat

Komas telah melancarkan undi sarawak pada akhir bulan mac,satu sistem pemantauan pilihanraya Negeri Sarawak oleh rakyat melalui laman web mengunakkan peta interaktif.Pengundi di Sarawak dan pemerhati pilihanraya boleh memaklumkan kesalahan pilihanraya melalui laman web ini.Mereka juga boleh memaklumkan kesalahan pilihanraya melalui,email,twitter dan SMS.

Inisiatif ini dimulakan untuk memantau dan mengumpul maklumat mengenai kesalahan pilihanraya yang berlaku di Negeri Sarawak.Ini juga akan menjadi satu sumber atau bukti untuk penyiasatan lanjut mengenai kesalahan pilihanraya yang berlaku.

Baru-baru ini,Undi Sarawak juga dilancarkan di Miri (the link-http://www.theborneopost.com/?p=116817) oleh Pusat Komas dengan kerjasama “Malaysian Election Observers Network (MEO-Net)”.

Untuk maklumat lanjut sila layari Undi Sarawak (www.undisarawak.crowdmap.com) atau hubungi Pusat Komas ditalian 03-79685415.

Anda juga boleh memaklumkan aduan melalui :

E-mail : undisarawak@gmail.com

H/p : 019-3940101

Twitter :#undisarawak

Laman web:Undi Sarawak (http://undisarawak.crowdmap.com/reports/submit)

No comments:

Post a Comment